Nuffnang merupakan syarikat pengiklanan online pertama di rantau Asia Pasifik. Nuffnang telah membuka ruang kepada blogger untuk menjana pendapatan secara sampingan dan juga secara serius.

Mudah anda hanya perlu mendaftar dan meletakkan kod yang telah disediakan oleh Nuffnang. Lawati http://www.nuffnang.com.my/ untuk mendaftar dan maklumat lanjut.


Nazmi ketika menandatangai kontrak bersama Beira Mar

Percaya atau tidak, pemain muda negara yang beraksi di Liga Singapura bersama Harimau Muda Nazmi Faiz telah berjaya mengikat kontrak kelab divisyen 1 Portugal iaitu S.C. Beira Mar. Nazmi dikatakan berjaya memikat hati kelab itu setelah menjalani sesi percubaan selama seminggu disana. Secara tidak langsung menjadi permain profesional pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara yang bermain di Liga Portugal dan eropah.

Nazmi akan mula beraksi apabila musim bemula pada hujung bulan julai ini. Nazmi juga telah diberi jolokan sebagai 'Elpaqueno Messi' atau ' O paqueno Messi' oleh 'O Jogo' iaitu sebuah majalah sukan yang terkenal di Portugal yang membawa maksud 'Little Messi'.

Kami di PERCAYA ATAU TIDAK ingin mengucapkan tahniah kepada Nazmi kerana berjaya memikat hati kelab Eropah serta mengharumkan nama negara dan mendoakan kejayaan beliau.

Percaya atau tidak semut saling berhubung sesama sendiri untuk menjalankan sesuatu tugas namun tidak dapat didengari oleh manusia kerana frekuensi bunyinya yang sangat rendah.


Percaya atau tidak, tanpa kita sedari Antartika lah sebenarnya tempat paling kering di dunia. Ramai yang beranggapan Gurun Sahara adalah yang paling kering di dunia adalah salah. Beza Antartika dan Gurun Sahara cuma Sejuk dan Panas sahaja.

Namun Antartika dikatakan kawasan paling kering kerana ia sudah 2 juta tahun tidak hujan manakala Gurun Sehara walaupun panas namun masih menerima hujan selang beberapa bulan.



Percaya atau tidak, apabila wanita melakukan seks, mereka akan menggandakan takat estrogen dalam badan yang boleh membuatkan rambut mereka lebih halus dan kulit yang lembut.

"Estrogen seems to be the fountain of youth for women." - Patti Briton, PHD, Clinical Sexologist.

Tambahan lagi,seks juga boleh meningkatkan aliran darah yang boleh membuatkan pipi dan bibir wanita lebih menawan namun ia bergantung kepada suhu yang sesuai.

Jadi, kepada isteri-isteri yang ingin nampak lebih cantik di mata suami, tidak perlu pergi ke salon yang mahal. Cuma lakukan seks bersama suami sudah memadai. Yang belum kahwin jangan. Haram di sisi islam.


Percaya atau tidak, Berlakunya kecacatan yang agak ketara namun tidak disedari ramai di dalam salah satu filem terkemuka dunia Harry Potter.

Gambar di atas menunjukkan pada mulanya Harry Potter duduk di hadapan Hermione. Namun, sebaik sahaja Professor Dumbledore memulakan majlis makannya, secara tiba-tiba Harry Potter  duduk bersebalahan Hermione pula.

Mungkin Director tengah pening sangat time tu sampai tak sedar kesilapan yang berlaku.

Percaya atau tidak, 7 tahun lepas David Cheo dikehendaki melukis mural di dinding pejabat Facebook di Palo ALto, Carlifonia dengan bayaran melalui saham yang bernilai 3.77juta. Namun, sekarang nilai sahamnya sudah meningkat sehingga 200juta. Jom kita usha hasil kerja beliau.
















Saintis China cipta babi berkaki menyala dalam gelap

Penyelidik dari Universiti Pertanian Yunnan di China mendakwa mereka telah mencipta sepuluh ekor babi / khinzir khas yang mempunyai kaki hijau bersinar dalam gelap.
Saintis di universiti itu berkata, babi adalah transgenik dan dicipta dengan menambah bahan genetik dari obor-obor ke embrio babi biasa.

Di atas gen obor-obor, pakar-pakar juga mencampurkan dengan gen Leptin, yang merupakan hormon protein 16 kDa yang membantu untuk mengawal selia pengambilan dan penggunaan tenaga.

Khinzir kecil kelihatan normal di dalam cahaya tetapi apabila mereka dimasukkan ke dalam gelap dan cahaya UV menyinari kaki mereka, ia mula hijau bersinar.

Untuk mencipta babi itu, bahan genetik dari obor-obor telah ditambah kepada 398 embrio babi yang telah diimplan kepada lima ekor khinzir betina dewasa.

Empat khinzir betina dewasa hamil, dan di kalangan anak yang mereka lahirkan, 10 mempunyai kuku hijau bercahaya.

[sumber:Metro]



Percaya atau tidak, seorang budak perempuan sekolah British telah menjadi pelumba 'drag' termuda di dunia - hanya satu hari selepas hari lahirnya yang kelapan.

Belle Wheeler lulus ujian memandu perlumbaan drag (seretan) sehari selepas dia masuk umur lapan tahun - umur minimum undang-undang untuk anak-anak muda memandu.

Dragster yang dinaikinya itu kemudian pergi bersaing dengan anak-anak muda lebih daripada dua kali umurnya dan layak ke Peringkat Akhir Kebangsaan UK - kurang daripada 24 jam selepas mengambil ujian itu.

Dragster 15 kaki beliau, yang telah dibuat di Amerika Syarikat, telah khusus disesuaikan untuk kerangka 4 kaki 4 inci dan boleh memecut hingga 50mph dalam masa hanya 12 saat.

Bahaya, kecik-kecik dah didedahkan pada perlumbaan kereta. Apa manfaat berlumba kereta selain dari kepuasan?

[Orange News , Unikversiti]


Percaya atau tidak, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzudin mengumumkan dalam satu persidangan bahawa hasrat Malaysia untuk menganjurkan Piala Suzuki AFF masih belum pasti. Berita ini mengejutkan seluruh peminat bola sepak tanah air yang sudah tidak sabar untuk menjadi tuan rumah piala yang berprestij di asia tenggara itu terutamanya penyokong Ultras Malaya yang sudah merancang pelbagai perkara bagi memeriahkan kejohanan tersebut.

Berita yang menjadi kemarahan rakyat Malaysia ini pula menarik minat Filipina untuk cuba membida menjadi penganjur menggantikan Malaysia. Menteri Belia dan Sukan Datuk Shabery Cheek turut menyelidik perkara ini dengan lebih terperinci berikutan tidak mendapat maklumat yang lengkap dari FAM.

Apakah yang berlaku kepada FAM? Apakah masalah dalaman yang ada pada FAM sehingga penganjuran masih belum muktamad.

KLIK DISINI untuk melihat sisipan metro mengenai berita mengejutkan ini.



Percaya atau tidak, ramai yang tidak sedar betapa hebatnya ratu anai-anai. Berikut adalah fakta-fakta menakjubkan mengenai ratu anai-anai yang ramai antara kita masih tidak tahu.

1. Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun menjadikannya serangga yang mempunyai jangka hayat paling lama di dunia malah mampu hidup di sesebuah kawasan lebih lama dari 4 generasi manusia.

2. Ratu anai-anai menghasilkan 30 ribu telur setiap hari.

3. Ratu anai-anai berharga 1000-2000 dollar jika dijual untuk tujuan perubatan.

4. Khasiat ratu anai-anai adalah boleh menguatkan tenaga batin dan syahwat lelaki ke tahap yang menakjubkan.



Percaya atau tidak, menurut kajian, apabila kita memakai headphones terlampau lama melebihi 2 jam, bakteria yang ada pada telinga akan berkembang dengan lebih cepat kepada 700 kali ganda. Oleh itu, demi menjaga kesihatan anda, jangan pakai headphones terlalu lama dan jangan lupa untuk membuka headphones ketika sedang tidur.


Percaya atau tidak, nelayan di sebuah perairan di Amerika ini menangkap beberapa ekor ikan yang mirip buaya. Sekali pandang seperti buaya dan kadang-kadang seperti ikan. Ikan ini terkenal dengan nama Crocodile-fish. Di bawah adalah gambar-gambar crocodile-fish yang berjaya ditemui.














Percaya atau tidak, jenama ubat gigi terkenal dunia Darlie pada asalnya bernama Darkie yang merujuk kepada orang kulit hitam. Apabila Darkie semakin terkenal, jenamanya menjadi isu perkauman dan menjadi bahan jenaka orang-orang yang sentiasa berbaur perkauman.

Oleh itu, syarikat ubat gigi Darkie menukarkan nama mereka kepada Darlie dan menukar lambang kepada lelaki yang putih.



Percaya atau tidak, George Ashman seorang budak berumur 5 tahun mempunyai tanduk di dahinya seakan-akan syaitan. Perkara ini terjadi apabila george Ashman mempunyai tanda lahir berwarna merah di dahi dan pergi menjalani pembedahan untuk membuang tanda lahir itu.

Namun sebaliknya berlaku malah semakin teruk apabila selepas menjalani pembedahan, dahi George mengembang hari demi hari dan membentuk tanduk.


Percaya atau tidak, hasil tinjauan seks di Asia oleh Syarikat farmaseutikal Pfizer di beberapa negara Asia yang mendapat responden dari ribuan lelaki mendapati lelaki di Indonesia adalah yang paling kerap melakukan seks dengan purata 9.8 kali setiap bulan. Tempat kedua lelaki Filipina dengan 9.4 kali sebulan diikuti lelaki Thailand sebanyak 7.7 kali sebulan.

Bagi responden wanita pula, tinjauan mendapati wanita di India mencatatkan jumlah tertinggi dengan purata 8.7 kali sebulan manakala Malaysia dan Indonesia berkongsi di tempat kedua dengan purata wanita melakukan seks selama sebulan adalah 6.8 kali.


Percaya atau tidak, Akshat Saxena mempunyai 34 jari tangan dan kaki sekaligus memegang rekod dunia sebagai manusia paling banyak jari.

Akshat Saxena mempunyai 7 jari di setiap bahagian tangan dan 10 jari di bahagian kaki.


Percaya atau tidak, Natalie Cooper mempunyai satu penyakit yang pelik di mana perutnya akan sakit jika memakan makanan selain daripada tic tac.

Penyakit yang menghantuinya itu membuatkan Natalie Cooper menjadikan Tic Tac sebagai makanan harian utamanya untuk menghilangkan rasa lapar.



Bangga kerana lagu anak Malaysia diangkat di sana.


Percaya atau tidak, Malaysia diiktiraf nombor satu di Asia dalam penguasaan Bahasa Inggeris bagi negara-negara yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Bukan sahaja itu, Malah Malaysia menduduki tempat ke 9 dunia sebagai negara yang fasih dalam bahasa Inggeris.

Berikut adalah senarai penuh ranking penguasaan Bahasa Inggeris bagi negara-negara yang mempunyai bahasa sendiri. Senarai ini dikeluarkan oleh EDUCATION FIRST, sebuah syarikat pendidikan milik swasta yang terbesar di dunia.


Tahniah buat semua rakyat Malaysia, Walaupun kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Melayu namun kita masih dapat mengusai Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang kedua. Di sini menunjukkan rakyat Malaysia mementingkan pelajaran.


Percaya atau tidak, ramai yang tidak tahu bahawa kuman yang terdapat pada mangkuk tandas di mana tempat kita membuang segala toksik dan kekotoran mampu berpindah ke berus gigi di dalam tandas di mana suatu perkara yang bahaya dan boleh membawa penyakit.

Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang-kurangnya 6 kaki daripada mangkuk tandas atau jika tandas anda kecil, tutup atau balut berus gigi anda dengan sesuatu. Seelok-eloknya adalah simpan berus gigi anda di dalam bilik atau luar tandas demi menjaga kebersihan dan kesihatan.



Percaya atau tidak, tiada satu pun jam yang diletakkan di tempat perjudian di Las Vegas. Ini kerana, pihak kasino di Las Vegas mahu melalaikan penjudi-penjudi supaya terus berjudi tanpa mengambil tahu waktu semasa.



10. Rio de janeiro, Brazil
9. Detroit, USA
8. Karachi, Pakistan
7. Grozny, Chechnya
6. New Orleans, USA
5. Capetown, South Africa
4. Mogadishu, Somalia
3. Baghdad, Iraq
2. Ciudad Juarez, Mexico
1. Caracas, Venezuela

Percaya atau tidak, bandar-bandar di atas ini adalah antara bandar paling merbahaya di dunia. Bandar-bandar ini dilabel bahaya kerana terdapat banyak jenayah, pergaduhan, pembunuhan, rusuhan dan pelbagai lagi perkara yang membahayakan orang awam.

Oleh itu, sebelum bercuti, pastikan anda memilih bandar yang selamat untuk dikunjungi.


Percaya atau tidak, akibat tarikan graviti yang terlampau kuat di Masjidil Haram Mekah, gelombang radio gagal mengesan kedudukan Kaabah walaupun gelombang radio yang berteknologi tinggi. Masjidil Haram merupakan kawasan tarikan graviti paling stabil dan terkuat di dunia sehinggakan satelit tercanggih juga tidak dapat mengesan gambar di dalam kaabah. 


Percaya atau tidak, menurut kajian pakar kesihatan tentang manusia yang terlampau banyak menghisap rokok, deria rasa pada lidah mereka akan berkurangan sedikit demi sedikit. Ini bermakna rasa sesebuah manisan yang dirasa sewaktu sebelum menghisap rokok dan selepas terlampau banyak menghisap rokok adalah berbeza.

Jadi kepada perokok tegar, kurang-kurangkan lah merokok dalam sehari kalau tak nak deria rasa anda hilang begitu sahaja.


Percaya atau tidak, gambar di atas ini adalah pintu masuk ke hutan Aokigahara yang terletak di kaki gunung di Fuji, Jepun yang dikatakan hutan paling menyeramkan di dunia.

Ini kerana, hutan ini merupakan tempat bunuh diri paling popular di Jepun. Lebih dari 500 orang telah membunuh diri di hutan ini sejak tahun 1950 hingga kini. Malah terdapat banyak mayat dan tengkorak manusia di jumpai di dalam hutan ini.

Trend membunuh diri ini bermula apabila Seicho Matsumoto menerbitkan sebuah novel bertajuk Kaiju Kuroi dimana di dalam novel tersebut, dua watak terkenalnya membunuh diri di dalam hutan ini. Disebabkan itu, petani yang miskin sering ke hutan ini semenjak abad ke 19 untuk membunuh diri dengan percaya bahawa ia akan membawa rezeki kepada anak-anak mereka.

Gambar di bawah adalah keadaan di dalam Hutan Aokigahara.








Percaya atau tidak, udang kara yang ditangkap oleh seorang nelayan di Scotland ini berwarna biru di mana suatu hasil penjumpaan yang menarik kerana udang kara kebiasaannya berwarna jingga dan kemerah-merahan.

Udang kara berwarna biru ini juga dikatakan mampu mengalirkan arus elektrik. Udang kara ini memang betul-betul wujud di perairan British, Norway, Lautan Mediterranean, Crete dan Morocco tetapi spesis nya sangat jarang dijumpai.

Hati-hati kalau makan udang biru ni, silap-silap boleh terkena renjatan elektrik.

Blogger news

Blogroll

About