Percaya atau tidak, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzudin mengumumkan dalam satu persidangan bahawa hasrat Malaysia untuk menganjurkan Piala Suzuki AFF masih belum pasti. Berita ini mengejutkan seluruh peminat bola sepak tanah air yang sudah tidak sabar untuk menjadi tuan rumah piala yang berprestij di asia tenggara itu terutamanya penyokong Ultras Malaya yang sudah merancang pelbagai perkara bagi memeriahkan kejohanan tersebut.

Berita yang menjadi kemarahan rakyat Malaysia ini pula menarik minat Filipina untuk cuba membida menjadi penganjur menggantikan Malaysia. Menteri Belia dan Sukan Datuk Shabery Cheek turut menyelidik perkara ini dengan lebih terperinci berikutan tidak mendapat maklumat yang lengkap dari FAM.

Apakah yang berlaku kepada FAM? Apakah masalah dalaman yang ada pada FAM sehingga penganjuran masih belum muktamad.

KLIK DISINI untuk melihat sisipan metro mengenai berita mengejutkan ini.



Percaya atau tidak, ramai yang tidak sedar betapa hebatnya ratu anai-anai. Berikut adalah fakta-fakta menakjubkan mengenai ratu anai-anai yang ramai antara kita masih tidak tahu.

1. Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun menjadikannya serangga yang mempunyai jangka hayat paling lama di dunia malah mampu hidup di sesebuah kawasan lebih lama dari 4 generasi manusia.

2. Ratu anai-anai menghasilkan 30 ribu telur setiap hari.

3. Ratu anai-anai berharga 1000-2000 dollar jika dijual untuk tujuan perubatan.

4. Khasiat ratu anai-anai adalah boleh menguatkan tenaga batin dan syahwat lelaki ke tahap yang menakjubkan.



Percaya atau tidak, menurut kajian, apabila kita memakai headphones terlampau lama melebihi 2 jam, bakteria yang ada pada telinga akan berkembang dengan lebih cepat kepada 700 kali ganda. Oleh itu, demi menjaga kesihatan anda, jangan pakai headphones terlalu lama dan jangan lupa untuk membuka headphones ketika sedang tidur.


Percaya atau tidak, nelayan di sebuah perairan di Amerika ini menangkap beberapa ekor ikan yang mirip buaya. Sekali pandang seperti buaya dan kadang-kadang seperti ikan. Ikan ini terkenal dengan nama Crocodile-fish. Di bawah adalah gambar-gambar crocodile-fish yang berjaya ditemui.














Percaya atau tidak, jenama ubat gigi terkenal dunia Darlie pada asalnya bernama Darkie yang merujuk kepada orang kulit hitam. Apabila Darkie semakin terkenal, jenamanya menjadi isu perkauman dan menjadi bahan jenaka orang-orang yang sentiasa berbaur perkauman.

Oleh itu, syarikat ubat gigi Darkie menukarkan nama mereka kepada Darlie dan menukar lambang kepada lelaki yang putih.



Percaya atau tidak, George Ashman seorang budak berumur 5 tahun mempunyai tanduk di dahinya seakan-akan syaitan. Perkara ini terjadi apabila george Ashman mempunyai tanda lahir berwarna merah di dahi dan pergi menjalani pembedahan untuk membuang tanda lahir itu.

Namun sebaliknya berlaku malah semakin teruk apabila selepas menjalani pembedahan, dahi George mengembang hari demi hari dan membentuk tanduk.


Percaya atau tidak, hasil tinjauan seks di Asia oleh Syarikat farmaseutikal Pfizer di beberapa negara Asia yang mendapat responden dari ribuan lelaki mendapati lelaki di Indonesia adalah yang paling kerap melakukan seks dengan purata 9.8 kali setiap bulan. Tempat kedua lelaki Filipina dengan 9.4 kali sebulan diikuti lelaki Thailand sebanyak 7.7 kali sebulan.

Bagi responden wanita pula, tinjauan mendapati wanita di India mencatatkan jumlah tertinggi dengan purata 8.7 kali sebulan manakala Malaysia dan Indonesia berkongsi di tempat kedua dengan purata wanita melakukan seks selama sebulan adalah 6.8 kali.


Percaya atau tidak, Akshat Saxena mempunyai 34 jari tangan dan kaki sekaligus memegang rekod dunia sebagai manusia paling banyak jari.

Akshat Saxena mempunyai 7 jari di setiap bahagian tangan dan 10 jari di bahagian kaki.


Percaya atau tidak, Natalie Cooper mempunyai satu penyakit yang pelik di mana perutnya akan sakit jika memakan makanan selain daripada tic tac.

Penyakit yang menghantuinya itu membuatkan Natalie Cooper menjadikan Tic Tac sebagai makanan harian utamanya untuk menghilangkan rasa lapar.



Bangga kerana lagu anak Malaysia diangkat di sana.


Percaya atau tidak, Malaysia diiktiraf nombor satu di Asia dalam penguasaan Bahasa Inggeris bagi negara-negara yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Bukan sahaja itu, Malah Malaysia menduduki tempat ke 9 dunia sebagai negara yang fasih dalam bahasa Inggeris.

Berikut adalah senarai penuh ranking penguasaan Bahasa Inggeris bagi negara-negara yang mempunyai bahasa sendiri. Senarai ini dikeluarkan oleh EDUCATION FIRST, sebuah syarikat pendidikan milik swasta yang terbesar di dunia.


Tahniah buat semua rakyat Malaysia, Walaupun kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Melayu namun kita masih dapat mengusai Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang kedua. Di sini menunjukkan rakyat Malaysia mementingkan pelajaran.


Percaya atau tidak, ramai yang tidak tahu bahawa kuman yang terdapat pada mangkuk tandas di mana tempat kita membuang segala toksik dan kekotoran mampu berpindah ke berus gigi di dalam tandas di mana suatu perkara yang bahaya dan boleh membawa penyakit.

Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang-kurangnya 6 kaki daripada mangkuk tandas atau jika tandas anda kecil, tutup atau balut berus gigi anda dengan sesuatu. Seelok-eloknya adalah simpan berus gigi anda di dalam bilik atau luar tandas demi menjaga kebersihan dan kesihatan.



Percaya atau tidak, tiada satu pun jam yang diletakkan di tempat perjudian di Las Vegas. Ini kerana, pihak kasino di Las Vegas mahu melalaikan penjudi-penjudi supaya terus berjudi tanpa mengambil tahu waktu semasa.



10. Rio de janeiro, Brazil
9. Detroit, USA
8. Karachi, Pakistan
7. Grozny, Chechnya
6. New Orleans, USA
5. Capetown, South Africa
4. Mogadishu, Somalia
3. Baghdad, Iraq
2. Ciudad Juarez, Mexico
1. Caracas, Venezuela

Percaya atau tidak, bandar-bandar di atas ini adalah antara bandar paling merbahaya di dunia. Bandar-bandar ini dilabel bahaya kerana terdapat banyak jenayah, pergaduhan, pembunuhan, rusuhan dan pelbagai lagi perkara yang membahayakan orang awam.

Oleh itu, sebelum bercuti, pastikan anda memilih bandar yang selamat untuk dikunjungi.


Percaya atau tidak, akibat tarikan graviti yang terlampau kuat di Masjidil Haram Mekah, gelombang radio gagal mengesan kedudukan Kaabah walaupun gelombang radio yang berteknologi tinggi. Masjidil Haram merupakan kawasan tarikan graviti paling stabil dan terkuat di dunia sehinggakan satelit tercanggih juga tidak dapat mengesan gambar di dalam kaabah. 


Percaya atau tidak, menurut kajian pakar kesihatan tentang manusia yang terlampau banyak menghisap rokok, deria rasa pada lidah mereka akan berkurangan sedikit demi sedikit. Ini bermakna rasa sesebuah manisan yang dirasa sewaktu sebelum menghisap rokok dan selepas terlampau banyak menghisap rokok adalah berbeza.

Jadi kepada perokok tegar, kurang-kurangkan lah merokok dalam sehari kalau tak nak deria rasa anda hilang begitu sahaja.


Percaya atau tidak, gambar di atas ini adalah pintu masuk ke hutan Aokigahara yang terletak di kaki gunung di Fuji, Jepun yang dikatakan hutan paling menyeramkan di dunia.

Ini kerana, hutan ini merupakan tempat bunuh diri paling popular di Jepun. Lebih dari 500 orang telah membunuh diri di hutan ini sejak tahun 1950 hingga kini. Malah terdapat banyak mayat dan tengkorak manusia di jumpai di dalam hutan ini.

Trend membunuh diri ini bermula apabila Seicho Matsumoto menerbitkan sebuah novel bertajuk Kaiju Kuroi dimana di dalam novel tersebut, dua watak terkenalnya membunuh diri di dalam hutan ini. Disebabkan itu, petani yang miskin sering ke hutan ini semenjak abad ke 19 untuk membunuh diri dengan percaya bahawa ia akan membawa rezeki kepada anak-anak mereka.

Gambar di bawah adalah keadaan di dalam Hutan Aokigahara.








Percaya atau tidak, udang kara yang ditangkap oleh seorang nelayan di Scotland ini berwarna biru di mana suatu hasil penjumpaan yang menarik kerana udang kara kebiasaannya berwarna jingga dan kemerah-merahan.

Udang kara berwarna biru ini juga dikatakan mampu mengalirkan arus elektrik. Udang kara ini memang betul-betul wujud di perairan British, Norway, Lautan Mediterranean, Crete dan Morocco tetapi spesis nya sangat jarang dijumpai.

Hati-hati kalau makan udang biru ni, silap-silap boleh terkena renjatan elektrik.


Percaya atau tidak, beberapa kawasan maju di Amerik Selatan mewajibkan setiap penduduknya mempunyai akaun facebook sekurang-kurangnya satu akaun. Jika didapati seseorang itu tidak mempunyai akaun facebook, mereka akan di saman oleh pihak tertentu. Nasib baik kerajaan Malaysia tak buat macam ni.


Percaya atau tidak, jika kita menahan berak sekurang-kurangnya 5 hari, risiko untuk lumpuh adalah 70%. Oleh itu bahaya bagi sesiapa yang menahan berak. Kalau rasa nak berak tu cepat-cepat kan lah. Nanti kalau lumpuh menyesal tak sudah.


Percaya atau tidak, kehidupan laut tiram yang terkenal kerana mengeluarkan mutiara boleh mengubah jantinanya mengikut keadaan. Sepanjang hidupnya, tiram boleh menukar jantinanya beberapa kali dan menjadikan tiram antara kehidupan laut yang paling unik di dunia. Manusia pun boleh tukar jantina tapi dosa besar lah jawabnya.


Percaya atau tidak, Badak air lari lebih laju dari Manusia. Malah terdapat banyak kes kematian manusia disebabkan badak air. Jadi hati-hati lah. Nampak je badak air ni gemok, tapi jangan memandai cari pasal. Nahas nanti dikerjakan.


Percaya atau tidak Dario Dubois, pemain kelab domestik Argentina pernah bersolek ketika bermain diperlawanan rasmi dan lebih unik dia bersolek dengan gaya KISS, dia dikatakan bersolek gaya metal itu kerana sebagai penghormatan kepada musik metal.

Memang rock sejati ni.


Percaya atau tidak, Pedro Eliezer Rodriguez Ledesma atau lebih terkenal dengan panggilan Pedro atau Pedrito yang berumur 25 tahun (1987) dan juga merupakan pemain di bahagian serangan Barcelona dan Sepanyol ini telah mencipta sejarah apabila berjaya menjaringkan dalam enam pertandingan berbeza dalam satu musim. Pencapaian ini tidak penah dicatat oleh mana mana pemain bolasepak di seluruh dunia. Enam pertandingan yang dimaksudkan adalah La Liga, Spanish Cup, Spanish Super Cup, UEFA Champions League, UEFA Super Cup, FIFA Club World Cup pada musim 2010/2011.


Percaya atau tidak, satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ.
Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu. Tetapi kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia

Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.

Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup. Jangan lupa menonton video Hujan Ikan Di Honduras Australia di atas. Subhanallah!

Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.

Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.
Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.


dibawah adalah video dokumentari mengenai fenomena hujan ikan


Percaya atau tidak, di India terdapat undang-undang hak untuk lembu. Antara undang-undang hak untuk lembu adalah barangsiapa yang didapati menyembelih lembu akan ditangkap. Selain itu, walaupun keadaan di India sangat sesak, namun jika ada lembu yang melintas jalan, semua kenderaan akan berhenti dan memberi laluan kepada lembu yang sedang melintas.

Sehingga kini, isu ini masih menjadi topik debat di seluruh dunia kerana orang muslim menggunakan lembu sebagai korban semasa Aidil Adha namun perbuatan orang muslim itu bercanggah sama sekali dengan kepercayaan Hindu.

Apa-apa pun, kita haruslah menghormati semua agama di dunia ini.


Percaya atau tidak, kurang tidur atau terlebih tidur boleh menyebabkan sakit jantung. Menurut kajian saintis, Manusia perlu tidur secukupnya dan sebaik-baiknya adalah 7 jam sehari. Jika kita tidur kurang 5 jam sehari dan lebih 9 jam sehari, risiko untuk mendapat sakit jantung adalah 50%.

Oleh itu, tidur lah secukupnya supaya kita sentiasa sihat dan bertenaga.


Percaya atau tidak, gambar di atas yang menjadi kontroversi beberapa hari lalu akhirnya terbongkar apabila gambar seorang ustaz yang memeluk seorang perempuan rupa-rupanya adalah fitnah semata-mata. Dua gambar di atas ini menerangkan segala-gala yang berlaku. Begitu hina sekali orang yang menyebarkan fitnah seperti ini demi menjatuhkan maruah seseorang. Kalau anda perasan, kopiah ustaz tersebut pun dipadamkan.

Semoga penyebar fitnah diberi petunjuk.


Percaya atau tidak, pengadil terkenal dari England yang bertaraf FIFA, Howard Webb sudah 3 kali membantu Manchester United menang di dalam game-game yang besar dan penting.

KALI PERTAMA, pada tahun 2009 semasa Manchester United bertemu Tottenham Hotspur dalam perlawanan liga menyaksikan Spurs sudah di hadapan pada mulanya dengan 2 gol berbalas 0. Namun, kontroversi bermula apabila Howard menghadiahkan sepakan penalti kepada Machester United dengan menyalahkan penjaga gol Spurs ketika itu Gomes yang melakukan kekasaran kepada Carrick sedangkan Howard Webb ketika itu berada 30 ela dari tempat kejadian. Video ulangan juga menunjukkan tangan Gomes betul-betul mengenai bola. Kontroversi tersebut menjatuhkan semangat Tottenham Hotspur dan perlawanan berkesudahan dengan Manchester United menang 5-2.

KALI KEDUA, pada tahun 2011, semasa perlawanan Piala FA antara Liverpool bertemu Manchester United, Howard Webb menghadiahkan sepakan penalti pada minit pertama perlawanan yang juga menjadi kontroversi kerana video ulangan menunjukkan Berbatov sendiri yang hilang imbang dan terjatuh dengan sendiri. Bertambah kontroversi lagi apabila Steven Gerrard dilayangkan kad merah. Kenny Dalglish berkata "The penalty is a joke, i have seen the replay and unless the rules have changed. It is no penalty". Perlawanan berkesudahkan dengan Manchester United menang 1-0. Ryan Babel pula meletakkan gambar Howard Webb berbaju Manchester United di twitter dan menyebabkan dia disaman 10000 Euro.

KALI KETIGA, pada tahun 2012 semasa perlawanan liga Chelsea bertemu Manchester United, Perlawanan menyaksikan Chelsea sudah di hadapan dengan 3 gol berbalas kosong. Namun kontroversi bermula semasa Howard Webb memberikan sepakan penalti kedua kepada Manchester United walaupun video ulangan menunjukkan Evra yang memijak kaki Sturridge. Alex Ferguson apabila ditemuramah berkata "The penalty awarded to us because of the penalty which is not given for us when welbeck went down in the early minutes". Ferguson menyifatkan penalti kedua itu sebagai ganti kepada penalti yang tidak diberi semasa Welbeck dijatuhkan manakala Villas-Boas pengurus Chelsea cuma mendiamkan diri. Perlawanan berkesudahan dengan seri 3-3.

Nak percaya atau tidak terpulang. Mungkin kebetulan atau mungkin disengajakan. Sama-sama kita berfikir.




Percaya atau tidak, gambar di atas merupakan Al-Quran terbesar di dunia yang terletak di masjid Kul-Sharif, Russia. Al-Quran ini dibuat di Italy dan beratnya adalah 800 KG manakala setiap halamannya seberat 250 gram.  




Percaya atau tidak, ikan bawal yang kita selalu makan itu boleh membesar sehingga 270kg. Wow, besar gila! nak peluk pun susah ni. Ikan ini juga kalau dinilai. mampu mencapai harga RM10000! Ikan ini ditangkap di sekitar lautan Atlantik.


Percaya atau tidak, 80% daripada percakapan seharian kita adalah bercakap di dalam hati atau dalam erti lainnya bercakap dengan diri sendiri. Purata manusia di muka bumi ini setiap seorang mengeluarkan 5000 ayat setiap hari dan 80% daripadanya adalah bercakap di dalam hati dan cuma 20% bercakap dengan orang lain.


Percaya atau tidak, menurut kajian, 1 liter air liur manusia dihasilkan oleh mulut setiap hari tanpa kita sedari. Kalau dikumpul boleh muat sebotol air mineral.

Blogger news

Blogroll

About