Percaya atau tidak Howard Webb sudah 3 kali membantu Manchester United?


Percaya atau tidak, pengadil terkenal dari England yang bertaraf FIFA, Howard Webb sudah 3 kali membantu Manchester United menang di dalam game-game yang besar dan penting.

KALI PERTAMA, pada tahun 2009 semasa Manchester United bertemu Tottenham Hotspur dalam perlawanan liga menyaksikan Spurs sudah di hadapan pada mulanya dengan 2 gol berbalas 0. Namun, kontroversi bermula apabila Howard menghadiahkan sepakan penalti kepada Machester United dengan menyalahkan penjaga gol Spurs ketika itu Gomes yang melakukan kekasaran kepada Carrick sedangkan Howard Webb ketika itu berada 30 ela dari tempat kejadian. Video ulangan juga menunjukkan tangan Gomes betul-betul mengenai bola. Kontroversi tersebut menjatuhkan semangat Tottenham Hotspur dan perlawanan berkesudahan dengan Manchester United menang 5-2.

KALI KEDUA, pada tahun 2011, semasa perlawanan Piala FA antara Liverpool bertemu Manchester United, Howard Webb menghadiahkan sepakan penalti pada minit pertama perlawanan yang juga menjadi kontroversi kerana video ulangan menunjukkan Berbatov sendiri yang hilang imbang dan terjatuh dengan sendiri. Bertambah kontroversi lagi apabila Steven Gerrard dilayangkan kad merah. Kenny Dalglish berkata "The penalty is a joke, i have seen the replay and unless the rules have changed. It is no penalty". Perlawanan berkesudahkan dengan Manchester United menang 1-0. Ryan Babel pula meletakkan gambar Howard Webb berbaju Manchester United di twitter dan menyebabkan dia disaman 10000 Euro.

KALI KETIGA, pada tahun 2012 semasa perlawanan liga Chelsea bertemu Manchester United, Perlawanan menyaksikan Chelsea sudah di hadapan dengan 3 gol berbalas kosong. Namun kontroversi bermula semasa Howard Webb memberikan sepakan penalti kedua kepada Manchester United walaupun video ulangan menunjukkan Evra yang memijak kaki Sturridge. Alex Ferguson apabila ditemuramah berkata "The penalty awarded to us because of the penalty which is not given for us when welbeck went down in the early minutes". Ferguson menyifatkan penalti kedua itu sebagai ganti kepada penalti yang tidak diberi semasa Welbeck dijatuhkan manakala Villas-Boas pengurus Chelsea cuma mendiamkan diri. Perlawanan berkesudahan dengan seri 3-3.

Nak percaya atau tidak terpulang. Mungkin kebetulan atau mungkin disengajakan. Sama-sama kita berfikir.

2 comments:

  1. lek la..asal MU dapat penalti je nk gocoh..macam la team lain x penah dpt penalti.korang nak penalti?amik..pakai la reff apa korang nak.chris foy?amik la..asalkan dapat score.ok bai

    ReplyDelete
  2. itu la munyet .. dasar penipu ..

    ReplyDelete

Blogger news

Blogroll

About